Thursday, July 22, 2010

selamat datang utk diri sendiri... blog baru...

Blog baru yang terhasil saat mata tidak mahu lelap.. malam apakah ini? sehingga mata ini begitu degil dan tidak mahu didodoikan.. puas aku pujuk.. namun tetap juga ia berdegil...

Adakah aku memikirkan sesuatu? hmm mungkin ya.. dan mungkin tidak.. adakah kerana surat berlogo biru muda... sulit dan persendirian itu buat mataku tajam umpama menghabiskan secangkir kopi hitam pekat.....???

Atau mungkin masih mengenang kejadian awal minggu ini?

Segalanya masih segar dalam ingatan....

Hatiku mahu aku jadi mahu manusia yang adil dan tidak pantas menghukum... namun akalku... hati dan akalku bergelut..

Satu mahu aku jadi manusia yang bertoleransi dan memahami...dan yang satu lagi, mahu aku jadi manusia lebih rasional dan belajar bahawa bukan semua orang ada hati yang baik....